107
Peserta melayari internet untuk meneliti reka bentuk kereta masa kini dan masa lepas, dan
maklumat lain yang berkaitan. Peserta dikehendaki mencatatkan semua maklumat relevan
yang dijumpai dan sumber laman sesawang.
Contoh soalan yang boleh diajukan oleh fasilitator untuk membimbing peserta mencari
maklumat:
a. Bagaimanakah rintangan putaran roda mempengaruhi kecekapan tenaga sesebuah
kereta?
b. Bagaimanakah bentuk dan saiz kereta yang mempunyai kecekapan tenaga yang
tinggi?
c. Apakah ciri-ciri paling penting yang membolehkan kereta bergerak dengan laju?
(What is the most important characteristic that made the cars go fast?)
Peserta digalakkan untuk mendapatkan maklumat daripada individu yang mempunyai
pelbagai latar belakang dan kepakaran untuk membantu meneliti reka bentuk kereta atau
penyelesaian sedia ada.
- Imagine: Membangunkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin.
Secara individu, lakarkan reka bentuk kereta dan labelkan bahan yang digunakan.
Fasilitator membincangkan pemikiran kejuruteraan: Creative problem-solving
- Select the best solution: Sumbang saran untuk mengenal pasti reka bentuk kereta yang
terbaik.
Dalam kumpulan,
a. bincangkan kelebihan dan kelemahan setiap reka bentuk dan tentukan reka bentuk
yang terbaik (atau gabungkan kelebihan semua reka bentuk yang dihasilkan oleh ahli
kumpulan) yang memenuhi objektif dan kekangan.
Nota: Peserta diingati bahawa mereka perlu bersedia untuk menjelaskan dan
menjustifikasikan keputusan mereka.
b. rancang dan catatkan langkah-langkah untuk membina kereta.
c. kenal pasti pengetahuan sains dan matematik yang diaplikasikan dalam reka bentuk
kereta.
- Create: Membina prototaip kereta.
Peserta melengkapkan lukisan/pelan reka bentuk kereta yang merangkumi dimensi
(ukuran) dan bahan berlabel. Pelan yang dihasilkan mesti cukup jelas supaya orang lain
dapat mengetahui bahan pembinaan yang diperlukan dan cara pembinaan prototaip dengan
mudah.
Senaraikan bahan pembinaan yang diperlukan dan tentukan bajet/kos pembinaan.
Berapakah jumlah kos pembinaan kereta? Adakah kumpulan anda mempunyai peruntukan