IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
109

Elaborate (Pengembangan)



  1. Fasilitator dan peserta membincangkan ilmu aerodinamik – kajian tentang daya yang
    bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat
    melalui bendalir (cecair, udara atau gas).


a. Jurutera mereka bentuk kereta supaya menyerupai haiwan dan bentuk aerodinamik.
Bolehkah anda menamakan haiwan yang berbentuk aerodinamik? (Contoh jawapan:
Ikan, burung, jerung.)
b. Haiwan-haiwan ini bergerak melalui udara (atau air) dengan mudah dan menggunakan
sedikit tenaga (iaitu kecekapan tenaga lebih tinggi) kerana bentuk badannya.
Bagaimanakah hubungan antara bentuk kereta dengan aerodinamik?


  1. Fasilitator memperkenalkan pendekatan biomimicry. Peserta membaca maklumat tentang
    contoh biomimicry dalam pautan: https://biomimicry.org/biomimicry-examples/


Biomimicry is a practice that learns from and mimics the strategies found in nature to
solve human design challenges — and find hope along the way (Biomimicry Institute,
2020).


  1. Improve/Redesign: Peserta membincangkan dan membuat penambahbaikan terhadap
    reka bentuk kereta untuk mengoptimumkan prestasi kereta berdasarkan:
    (i) data/keputusan ujian (self-generated data), (ii) refleksi yang dibuat dan komen/ input
    kumpulan lain, (iii) pengetahuan sains dan matematik, (iv) susunan keutamaan kriteria
    yang ditetapkan (prioritized criteria), dan (v) pertimbangan tradeoff (tradeoff
    considerations).


Nota: Fasilitator membincangkan sistem dan model sistem, serta pemikiran kejuruteraan
Systems thinking sebelum peserta memulakan perbincangan dan penambahbaikan.

Evaluate (Penilaian) dan refleksi


Pra aktiviti



  1. Apakah matlamat pembelajaran berasaskan inkuiri?

  2. Apabila anda dengar mengenai “STEM”, apakah yang terlintas dalam fikiran anda?

  3. Buat masa ini, adakah pengajaran dan pembelajaran kelas anda mengintegrasikan STEM?
    Jelaskan.


Semasa aktiviti
Car Design Worksheet: Peserta mengikuti proses reka bentuk kejuruteraan dalam lembaran
kerja. Pastikan peserta menyelesaikan tugas yang berkaitan dalam lembaran kerja. Sebagai
contoh, reka bentuk akhir harus merangkumi dimensi (ukuran) dan berlabel.


Pasca aktiviti



  1. Jelaskan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang proses mereka bentuk
    kereta.

  2. Apakah yang anda faham tentang pendidikan STEM bersepadu?

  3. Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran sains dalam kelas anda boleh ditambah baik?

  4. Lampiran S10-4 menunjukkan satu petikan yang berkaitan dengan fasa ‘membangunkan
    penyelesaian-penyelesaian yang mungkin’ dalam proses reka bentuk kejuruteraan.

Free download pdf