IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
116

Lampiran S10-3

Car Design Worksheet


Penggunaan tenaga dan pencemaran alam sekitar merupakan antara masalah utama yang
dihadapi masyarakat kini. Dengan membina kereta yang cekap tenaga, jurutera dapat
mengurangkan kesan negatif pada alam sekitar dan akhirnya meningkatkan kesejahteraan
kehidupan kita. Kecekapan tenaga sesebuah kereta dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Jurutera
mesti mengetahui semua faktor ini bagi mereka bentuk kereta yang lebih baik.


Dalam aktiviti ini, kumpulan anda (sebagai jurutera) akan mengemukakan soalan untuk
mengenal pasti masalah yang akan diselesaikan, iaitu memaksimumkan kecekapan tenaga
kereta. Anda dikehendaki mengikuti proses reka bentuk kejuruteraan, menggunakan pemikiran
kejuruteraan dan berkolaborasi semasa mereka bentuk penyelesaian.


Engineering Habits of Mind: Problem-finding
Clarifying needs, checking existing solutions, investigating contexts, verifying

Ask: Mengenal pasti masalah dan kekangan


Tulis pernyataan masalah dan mempertimbangkan kekangan (seperti bahan, kos pembinaan,
jangka masa dan lain-lain)


Pernyataan Masalah




Kekangan
Kereta kumpulan anda perlu direka bentuk untuk bergerak atas satu landasan dengan
spesifikasi tertentu (yang akan mengehadkan saiz maksimum kereta). Kumpulan anda diberi
peruntukan sebanyak RM100 untuk membeli bahan pembinaan kereta.


Kumpulan anda boleh menggunakan bahan-bahan berikut dan kos bahan adalah seperti berikut:


Kos Bahan


Item Kos per item (RM)
Botol plastik (1.5 liter) 15
Botol plastik (500 ml) 10
Penutup botol plastik 5
Belon 10
Lidi sate (bamboo skewer) 1
Batang aiskrim (popsicle stick) 2
Gelang getah 0.5
Pita pelekat 10 per 30 cm
Gam 5
Kertas A4 5
Lain-lain 5
Free download pdf