127
c. Kemahiran abad ke-21 ATC21S
Melalui Projek Assessment and Teaching of 21st Century Skills (ATC21S), sepuluh kemahiran
abad ke-21 telah dikenal pasti dan dikategorikan kepada empat kumpulan (Binkley et al., 2012)
seperti dalam Jadual 11.3. Kerangka kemahiran abad ke-21 ATC21S turut mengenal pasti
definisi operasi setiap kemahiran abad ke-21 berdasarkan Model KSAVE, iaitu Knowledge,
Skill, dan Attitude/Value/Ethic.
Jadual 11.3 Kemahiran abad ke-21 ATC21S
Cara Berfikir Kreativiti dan inovasi
Pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat
keputusan
Belajar cara belajar, metakognitif
Cara Bekerja Komunikasi
Kolaboratif, kerja berpasukan
Alat untuk Bekerja
Literasi maklumat
Literasi TMK
Kehidupan dalam Dunia
Kewarganegaraan – tempatan dan global
Hidup dan kerjaya
Tanggungjawab sosial dan individu
d. Model kemahiran abad ke-21 di Malaysia
Di Malaysia, Kamisah dan Neelavany (2010) telah mengenal pasti lima domain kemahiran
abad ke-21 penting yang sesuai dengan konteks Malaysia untuk diintegrasikan dalam
Kurikulum Sains Malaysia, iaitu (1) literasi era digital, (2) pemikiran inventif, (3) komunikasi
berkesan, (4) produktiviti tinggi, dan (5) nilai kerohanian. Empat domain yang pertama adalah
berasaskan kemahiran abad ke-21 enGauge (NCREL & Metiri Group, 2003) manakala domain
yang kelima telah ditambahkan secara empirikal.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) turut mengenal pasti kemahiran dan nilai
yang perlu ada pada setiap pelajar untuk menghadapi abad ke 21 dengan memberi fokus kepada
kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni
(seperti di Jadual 11.4). Kemahiran berfikir bertujuan untuk menyediakan pelajar untuk
menghadapi kehidupan yang semakin mencabar serta persekitaran kerja masa kini. Kemahiran
hidup dan kerjaya pula memerlukan lebih dari kemahiran berfikir dan pengetahuan. Pelajar
membangunkan kemahiran hidup dan kerjaya bagi menghadapi kehidupan yang kompleks dan
persekitaran kerjaya dalam dunia yang semakin mencabar. Manakala nilai merupakan garis
panduan untuk pelajar menjadi seorang individu berpewatakan mulia yang mampu membuat
keputusan dan tindakan sebagai melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Kemahiran abad ke-21 bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 11.5 supaya berupaya
bersaing di peringkat global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).