IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
130

Ringkasan aktiviti


Peserta didedahkan pelbagai model kemahiran abad ke-21. Peserta akan membandingkan dan
membezakan model tersebut, serta membuat pemetaan model kemahiran abad ke-21. Peserta
turut dikehendaki mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang dijumpai dalam DSKP Sains
(misalnya dalam standard pembelajaran), dan menjelaskan kemahiran abad ke-21 yang terlibat
jika murid terlibat dalam aktiviti IBSE. Seterusnya, peserta diminta membincangkan konteks
dan amalan sains yang menyokong pembangunan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan
pelajar.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Memahami kemahiran abad ke-21.

  2. Mengenal pasti kemahiran abad ke-21 dalam standard pembelajaran sains.

  3. Menjelaskan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri menyokong pembelajaran abad ke-
    21.


Alat dan bahan: Bahan bercetak (Lampiran S11-1a), kertas A4, kertas sebak, pen marker


Masa: 2 Jam


Prosedur


Penerokaan (Explore)



  1. Peserta didedahkan beberapa model kemahiran abad ke-21. Peserta akan membandingkan
    dan membezakan model tersebut, serta membuat pemetaan model kemahiran abad ke-21
    (rujuk Lampiran S11-1a).

  2. Peserta mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang dijumpai dalam DSKP Sains (misalnya
    dalam matlamat, objektif, kerangka KSSR/ KSSM, kemahiran berfikir, kemahiran dan
    sikap saintifik, nilai murni, standard kandungan dan standard pembelajaran, dan lain-lain).


Adakah terdapat pertindanan (overlap) atau persilangan (intersection) antara kemahiran
abad ke-21 dengan pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan dalam KSSR dan KSSM
Sains?

Penerangan (Explain)



  1. Peserta membentangkan hasil perbincangan.

  2. Peserta menjelaskan kemahiran abad ke-21 yang terlibat jika murid terlibat dalam aktiviti
    IBSE dan mempraktikkan amalan sains.


Pengembangan (Elaborate)



  1. Peserta membincangkan konteks dan amalan sains yang menyokong pembangunan
    kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar.


Bagaimanakah aktiviti sains yang menyokong pembangunan kemahiran abad ke-21?
Free download pdf