IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
25

I know What Science is!............................................................................................................


Lay Ah Nam, Balkisnah Shaharuddin, Badariah Hashim dan Maryam Ahmad Shah

Pengenalan


Apakah yang terbayang dalam fikiran anda apabila mendengar istilah sains? Sebelum anda
meneruskan pembacaan, luangkan masa beberapa minit untuk melukis imej seorang saintis atau
apa-apa sahaja tentang saintis.


Setelah meneroka imej saintis, mari kita fikir lebih jauh lagi. Apakah kerja sebenar seorang saintis?
Apakah yang akan anda jelaskan jika murid anda bertanya, "Apakah sains?" atau "Bagaimanakah
seorang saintis bekerja?"


Sekarang, cuba anda fikirkan satu kemahiran penting yang diperlukan untuk menjalankan
penyiasatan saintifik. Adakah istilah "pemerhatian" terlintas dalam fikiran anda? Ini adalah istilah
yang kerap anda dengar. Apakah definisi anda mengenai pemerhatian?


Pemahaman anda tentang sains dan ciri-ciri sains (nature of science, NOS) adalah penting kerana
ia akan mempengaruhi pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta meningkatkan
kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Guru yang memahami NOS cenderung untuk
melibatkan murid dalam aktiviti inkuiri yang berasaskan teori konstruktivisme (Lederman, 1998).
Akerson dan Hanuscin (2007) mendapati pemahaman guru tentang NOS dapat meningkatkan
kemahiran guru dalam melaksanakan pendekatan inkuiri dan pemahaman murid tentang NOS.
NOS telah diiktiraf sebagai satu komponen utama dalam peningkatan literasi sains (Chaiyabang
& Thathong, 2014; Holbrook & Rannikmae, 2009; Lederman, Lederman & Antink, 2013).


Jadi, guru perlu terlebih dahulu menguasai NOS dan seterusnya membantu murid memahami NOS.
Lederman (1992) menjelaskan NOS sebagai “the epistemology of science, science as a way of
knowing, or the values and beliefs inherent to the development of scientific knowledge”. Marilah
kita memahami NOS yang dijelaskan dalam perenggan di bawah:


Science is often presented as a collection of facts and theorems that have been proved to
be correct. The word ‘objective’ is frequently used to describe ‘the scientific method’,
implying that there is a single approach and that it is somehow independent of human
judgment and values. By contrast, the current view is that science is by no means static;
theories are dependent on available evidence and as such may change as new evidence
emerges. Science is seen as the result of human endeavour, involving creativity and
imagination as well as the careful collection of data and interpretation of data to generate
evidence. ... Science seen as the creation of understanding about the world is more likely
to appeal to and excite learners than when seen as a set of mechanical procedures and
established ‘right answers’. (Harlen, 2010, p. 11-12)
Free download pdf