IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
26

Amalan sains


Membina penjelasan: Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan bagi penyebab suatu
fenomena. Pelajar diharapkan dapat menggunakan bukti (evidence) (sebagai contoh, pengukuran,
pemerhatian, corak) untuk membina penjelasan.


Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti: Penghujahan (argumentation) adalah
proses untuk mencapai persetujuan mengenai penjelasan. Dalam sains, penaakulan dan
penghujahan berpandukan bukti sangat penting dalam mengenal pasti penjelasan yang terbaik bagi
suatu fenomena semula jadi. Pelajar diharapkan dapat (i) berhujah tentang penjelasan yang dibina,
dan (ii) mendengar, membanding, menilai idea pesaing dan seterusnya menambah baik penjelasan.


Ringkasan aktiviti


Dalam usaha meningkatkan literasi sains peserta (pelajar atau guru), peserta perlu diberi
pengalaman yang dapat membentuk pemahaman NOS dan peluang untuk membina penjelasan
berpandukan bukti. Dalam aktiviti ini, peserta dibimbing melalui kitaran pembelajaran untuk
menjawab soalan penting: How do scientists work? Peserta akan membina penjelasan berdasarkan
pemerhatian. Kemudian, mereka berhujah tentang penjelasan yang dibina dan menambah baik
penjelasan selepas membanding dan menilai bukti yang dikemukakan oleh rakan. Kitaran
pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar NOS secara eksplisit dan reflektif.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Mengetahui bahawa saintis mengkaji dunia semula jadi dengan pelbagai cara bergantung pada
    soalan yang dikemukakan dan tidak ada urutan langkah tetap (atau ‘kaedah saintifik’) yang
    harus digunakan dan diikuti oleh semua saintis.

  2. Menjelaskan bahawa pengetahuan saintifik adalah berdasarkan manusia membuat
    pemerhatian dan inferens.

  3. Memahami perbezaan antara pemerhatian dan inferens.

  4. Memahami bahawa saintis mencari corak semasa membuat pemerhatian.

  5. Menggunakan corak dan pengetahuan sedia ada untuk mencadangkan penjelasan.

  6. Menyedari bahawa sains memerlukan bukti, dan corak yang dapat digunakan sebagai bukti
    untuk menyokong penjelasan.

  7. Memahami bahawa sains adalah tidak mudah berubah tetapi bersifat tentatif, dan boleh
    disemak berdasarkan bukti baharu atau pentafsiran semula bukti yang sedia ada.

  8. Menganalisis penjelasan alternatif yang disampaikan oleh orang lain dan berkomunikasi
    tentang kriteria bagi penjelasan saintifik yang dipersetujui.

  9. Menjelaskan bahawa sains sebagai pengetahuan, proses untuk mendapatkan pengetahuan, dan
    cara untuk mengetahui sesuatu (way of knowing).

  10. Meringkaskan idea asas tentang nature of science.

Free download pdf