IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
27

Alat dan bahan


Lampiran S2-1 hingga S2-6 (Untuk setiap ahli kumpulan)
Lampiran S2-7 (Satu helai untuk setiap kumpulan)


Masa: 2 jam


Prosedur


Penglibatan (Engage)


Aktiviti 1: Doing Science (Keeley, Eberle & Dorsey, 2008)


Fasilitator: Apakah yang akan anda jelaskan jika murid anda bertanya: "Apakah sains?" atau
"Bagaimanakah seorang saintis bekerja?" atau “Apakah kerja sebenar seorang saintis?”



  1. Secara individu, peserta membaca perbualan empat orang pelajar dalam Lampiran S2-1 dan
    menjawab dua soalan dalam Lampiran S2-1.

  2. Peserta dikumpulkan mengikut pilihan Antoine, Tamara, Marcos dan Avery.

  3. Beberapa wakil bagi setiap kumpulan membentangkan penerangan masing-masing.
    (Catatan: Terima semua jawapan murid dan elakkan menghakimi jawapan murid.)

  4. Fasilitator mengemukakan soalan semasa atau selepas pembentangan, seperti
     Jika anda bersetuju bahawa semua saintis menggunakan kaedah saintifik, ahli sains
    apakah yang anda fikirkan?
     Mengapakah sesetengah daripada anda beranggapan kaedah langkah demi langkah yang
    disebut oleh Tamara adalah tepat?
     Apakah idea lain anda tentang doing science atau bagaimana sains dilakukan?


Penerokaan (Explore)


Aktiviti 2: Trick Tracks (Gilbert & Johns, 2014)


Fasilitator: Cuba fikirkan satu kemahiran utama yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan
saintifik. Adakah "pemerhatian" terlintas di fikiran anda? Ini adalah istilah yang selalu anda dengar.
Apakah maksud pemerhatian dan bagaimanakah anda melakukan pemerhatian?
(Catatan: Terima semua jawapan peserta dan elakkan menghakimi jawapan peserta.)



  1. Peserta diminta membuat pemerhatian terhadap persekitaran mereka. Peserta diminta
    berkongsi hasil pemerhatian mereka (contoh: Terdapat kerusi, daun berwarna hijau).

  2. Fasilitator membimbing peserta untuk menjelaskan pemerhatian.

Free download pdf