IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
28

Soalan:
 Apakah yang kita gunakan untuk membuat pemerhatian?
(Peserta akan mengetahui bahawa kita menggunakan deria - penglihatan, pendengaran,
bau, rasa dan sentuhan - untuk membuat pemerhatian.)
 Apakah yang anda (atau saintis) cari apabila membuat pemerhatian?

Perbincangan: Para saintis mencari corak/ pola (pattern) dan susunan (order) semasa
membuat pemerhatian terhadap dunia sekeliling. Pola boleh dijadikan bukti untuk menyokong
penjelasan.


  1. Fasilitator: Anda adalah sekumpulan ahli paleontologi yang dijemput untuk memeriksa satu
    set fosil.


Fasilitator menunjukkan Tricky Track 1 (Lampiran S2-2) dan bertanya kepada peserta:
Apakah yang anda perhatikan? (What do you observe?)

Peserta secara individu mencatat dalam Tricky Tracks Recording Sheet (Lampiran S2-3).

Peserta diminta membentangkan catatan/ jawapan.

Catatan: Biasanya peserta akan menjawab: "Jejak burung (atau haiwan lain)" atau "Jejak yang
ditinggalkan oleh burung (atau haiwan lain) ketika mereka berjalan menuju ke tempat yang
sama," dan lain-lain. Terima semua jawapan peserta dan elakkan menghakimi jawapan peserta.
Fasilitator boleh menyenaraikan jawapan tersebut di papan tulis.


  1. Fasilitator: Adakah anda melihat burung? atau "Bagaimanakah anda dapat mengetahui
    bahawa jejak ini ditinggalkan oleh burung?".


Perbincangan:


  • Sebenarnya kita tidak melihat burung. Pernyataan "jejak burung" adalah satu inferens
    (bukan satu pemerhatian).

  • Pemerhatian yang mungkin adalah: "Dua set tanda hitam dengan saiz yang berbeza".

  • Berdasarkan pemerhatian ini dan pengetahuan sedia ada kita tentang jenis jejak yang
    ditinggalkan oleh burung (atau haiwan lain), kita membuat inferens bahawa burung (atau
    haiwan lain) meninggalkan jejak tersebut.

  • Memikirkan sesuatu berdasarkan pemerhatian disebut sebagai inferens. Inferens adalah
    gabungan dari apa yang kita perhatikan dan apa yang sudah kita ketahui atau alami.
    (Thinking something based on an observation is called an inference. Inferences are a
    combination of what we observe and what we already know or have experienced.)


Fasilitator: Apakah inferens yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian ini?

Peserta diminta memperbaik catatan dalam ruang pemerhatian dan membuat inferens (secara
individu).
Free download pdf