139
Lampiran S12-1
AKTIVITI 1
AIR DAN MINYAK
Panduan aktiviti
- Air lebih tumpat daripada ais dan minyak lebih tumpat daripada ais.
- Apakah akan berlaku kepada ais dan titisan air yang lebur daripada ais apabila ais diletak
di atas air? - Isi satu tabung didih sebanyak 80% dengan minyak masak.
- Letakkan seketul ais di atas minyak.
- Perhatikan apa yang berlaku apabila ais melebur. Catatkan pemerhatian anda di dalam
buku nota sains. - Ketumpatan ais dan ketumpatan air berbeza. Yang mana satu lebih tumpat? Mengapa?
- Satu gram air memenuhi isipadu satu mililiter, oleh itu ketumpatan air = 1 g/ml.
- Apakah jisim 10 ml air? Gunakan penimbang untuk menentusah jawaban anda betul.
- Apakah ramalan anda tentang ketumpatan 10 ml minyak masak dibanding dengan 10 ml
air? - Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains dan gunakan penimbang untuk
menentusahkan ramalan anda. - Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains mengapa jisim 10 ml minyak masak
adalah sedemikian.
Rujukan:
TOPS Learning System. (n.d.). Slow drips. Dimuat turun dari
https://cdn.shopify.com/s/files/1/1847/6591/files/FreeDownload09.pdf?1362841691888571600