142
AKTIVITI 4
TIMBUL DAN TENGGELAM
Panduan aktiviti
- Isi tangki plastik dengan air sehingga 80% penuh.
- Perhatikan objek-objek yang dibekalkan kepada anda.
- Rekod semua objek ini di dalam buku nota sains.
- Ramalkan sama ada setiap objek akan timbul atau tenggelam. Catatkan ramalan anda di
dalam buku nota sains. - Sahkan ramalan anda dengan meletakkan objek tersebut ke dalam air satu demi satu.
- Buat pemerhatian yang teliti untuk mengesahkan ramalan anda.
- Selepas itu, tulis lima pernyataan bermula dengan “Saya ingin tahu...” berdasarkan
penyiasatan anda. - Tinjau semula soalan yang telah anda senarai. Pilih satu soalan yang menarik dan dapat
dilaksanakan dengan menggunakan sumber yang ada untuk dibuat penyiasatan. - Untuk menjalankan penyiasatan, anda perlu menyediakan satu masalah yang terfokus,
ramalan, satu perancangan yang teliti bagaimana anda akan melakukan penyiasatan,
serta jadual data (jika perlu) - Apabila anda telah bersedia dengan semua yang diperlukan, dapatkan kebenaran guru
anda untuk memulakan penyiasatan.
Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2), 26-29.