IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
144

Lampiran S12-3

Contoh aktiviti aras inkuiri berstruktur

Soalan:
Adakah suhu persekitaran mempengaruhi kadar respirasi yis?


Bahan-bahan dan radas yang diperlukan:



  1. Serbuk yis

  2. Serbuk glukosa

  3. Air suling

  4. Spatula

  5. Termometer

  6. Penunu Bunsen

  7. Kiub Ais

  8. Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang

  9. Salur penghantar dan tiub getah

  10. Selinder penyukat 100 ml

  11. Picagari 250 ml

  12. Kaki retort

  13. Balang kaca

  14. Jam randik


Panduan aktiviti:



  1. Sukat 2 spatula yis bersama 4 spatula serbuk glukosa dan 100 ml air suling ke dalam
    kelalang kon.

  2. Tutup kelalang kon dengan penyumbat getah berliang yang telah disumbat dengan salur
    penghantar.

  3. Satu hujung salur penghantar disambungkan kepada picagari melalui tiub getah dan
    pasangkan picagari kepada kaki retort.

  4. Letakkan kelalang kon ke dalam balang kaca yang berisi air suling pada suhu bilik
    (catatkan suhu rendaman air di dalam balang kaca dengan menggunakan termometer)

  5. Rekodkan isipadu gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam picagari selepas 15 minit.

  6. Ulang eksperimen sebanyak 2 kali untuk mendapatkan purata.

  7. Sediakan set yang sama untuk suhu 10 oC (dengan menggunakan kiub ais) dan untuk suhu
    70 oC (gunakan air yang telah dipanaskan menggunakan penunu bunsen).

  8. Rekodkan bacaan anda di dalam jadual.

Free download pdf