IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
PUSAT STEM NEGARA, BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KPM

AKTIVITI

AKTIVITI 4

TIMBUL DAN TENGGELAM

Panduan aktiviti



  1. Isi tangki plastik dengan air sehingga 80% penuh.

  2. Perhatikan objek-objek yang dibekalkan kepada anda.

  3. Rekod semua objek ini di dalam buku nota sains.

  4. Ramalkan sama ada setiap objek akan timbul atau tenggelam. Catatkan ramalan
    anda di dalam buku nota sains.

  5. Sahkan ramalan anda dengan meletakkan objek tersebut ke dalam air satu demi
    satu.

  6. Buat pemerhatian yang teliti untuk mengesahkan ramalan anda.

  7. Selepas itu, tulis lima pernyataan bermula dengan “Saya ingin tahu...” berdasarkan
    penyiasatan anda.

  8. Tinjau semula soalan yang telah anda senarai. Pilih satu soalan yang menarik dan
    dapat dilaksanakan dengan menggunakan sumber yang ada untuk dibuat
    penyiasatan.

  9. Untuk menjalankan penyiasatan, anda perlu menyediakan satu masalah yang
    terfokus, ramalan, satu perancangan yang teliti bagaimana anda akan melakukan
    penyiasatan, serta jadual data (jika perlu)

  10. Apabila anda telah bersedia dengan semua yang diperlukan, dapatkan kebenaran
    guru anda untuk memulakan penyiasatan.


Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2),
26-29.

Free download pdf