IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
1

Lampiran S14-2L

Bahan Rujukan Pentaksiran Dalam IBSE

Prinsip asas pentaksiran, amalan pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif telah disenaraikan
oleh Harlen (2013) seperti berikut:


Prinsip Asas Pentaksiran



  1. Matlamat utama pentaksiran ialah untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

  2. Pentaksiran seharusnya dapat membantu dan melaporkan semua maklumat tentang
    perkembangan pembelajaran pelajar.

  3. Prosedur pentaksiran harus merangkumi huraian langkah-langkah pentaksiran secara
    eksplisit untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan hasil pentaksiran mengikut
    keperluan.

  4. Pentaksiran seharusnya meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai matlamat
    pembelajaran yang relevan dengan kehidupan semasa dan masa depan pelajar.

  5. Hasil pentaksiran pembelajaran harus dianggap sebagai satu anggaran terhadap
    perkembangan pembelajaran dan tertakluk kepada ralat yang tidak dapat dielakkan.

  6. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang membolehkan
    pelajar memahami tujuan pembelajaran mereka dan bagaimana prestasi pencapaian mereka
    dinilai.

  7. Kaedah pentaksiran harus mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran
    dan penilaian.

  8. Pentaksiran harus dapat memotivasikan pelajar untuk menonjolkan kemampuan mereka.

  9. Pelbagai maklumat pentaksiran termasuk pentaksiran kendiri harus digabungkan untuk
    tujuan pelaporan tahap perkembangan pembelajaran pelajar.


Amalan Pentaksiran Formatif:



  1. Amalan guru:
    i. Guru mengumpulkan bukti pembelajaran pelajar melalui soal jawab, pemerhatian,
    perbincangan dan kajian produk yang berkaitan dengan matlamat pembelajaran.
    i. Guru berbincang dengan pelajar tentang tujuan pembelajaran dan tahap pencapaian
    yang diharapkan dalam tugasan mereka.
    ii. Guru menggunakan pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dengan:
     menyesuaikan kadar pengajaran, tahap cabaran tugasan dan isi kandungan
    aktiviti dengan kemampuan pelajar
     memberi maklum balas yang jelas kepada pelajar untuk meningkatkan
    pembelajaran mereka
     memberi masa yang mencukupi untuk pelajar mengimbas kembali dan menilai
    sendiri hasil kerja mereka
    iii. Guru berkerjasama dalam meningkatkan amalan pentaksiran mereka dengan:
     menyampaikan objektif pembelajaran kepada pelajar

Free download pdf