IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

Penyoalan Guru ........................................................................................


Koay Suan See, Ng Mei Eng dan Juriah Abu Bakar

Pengenalan


Penyoalan adalah bahagian yang penting yang tidak dapat dipisahkan daripada proses
pembelajaran.


Kebolehan murid untuk mengemukakan soalan dan melaksanakan penyiasatan terhadap soalan
yang dikemukakan adalah penting bagi pembelajaran berasaskan inkuiri. Pada masa yang sama,
guru yang berperanan sebagai fasilitator juga perlu berkemahiran mengajukan soalan yang
berkesan bagi membimbing pembelajaran murid. Ekoran daripada itu, melalui penggunaan strategi
penyoalan dan strategi memberi maklum balas, guru dapat merangsang murid untuk membina
pengetahuan secara aktif.


Soalan produktif membolehkan guru menghubungkan aktiviti dan murid secara berkesan.


Soalan produktif, yang diusulkan oleh Jos Eltgeest pada tahun 1985 (Martens, 1999) didapati
mempunyai hala tuju dan sesuai untuk memimpin murid melakukan tindakan yang betul.
Penggunaan soalan produktif dapat menjadikan pengalaman murid di dalam kelas lebih bermakna.
Di bilik darjah inkuiri, guru berperanan sebagai fasilitator, dan bukan sebagai penyumbang
maklumat. Oleh itu, guru perlu memahirkan diri membina soalan yang produktif supaya dapat
mengajukan soalan yang sesuai kepada murid bagi memandu murid ke arah hasil pembelajaran
yang diinginkan. Menurut Jos Elstgeest (dalam Harlen, 2012), soalan-soalan ini dikenali sebagai
soalan produktif kerana pada dasarnya ia merangsang 'aktiviti produktif'. Penggunaan soalan
produktif secara bersesuaian dapat mengekalkan motivasi murid untuk belajar dan mendapat
manfaat hasil dari usaha mereka.


Soalan produktif mendorong murid untuk memikirkan soalan mereka sendiri dan bagaimana
mencari jawapannya.


Soalan produktif boleh membantu menggerakkan murid kepada tahap kerja inkuiri dan
pemahaman yang lebih mendalam. Beberapa contoh soalan produktif yang mempunyai tujuan
yang berbeza ditunjukkan dalam Lampiran S15-1.


Mengapakah guru mengajukan soalan? Senaraikan beberapa soalan yang sering anda tanya di
kelas dan nyatakan tujuannya.


Ringkasan aktiviti


Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan kepada enam jenis soalan produktif: soalan yang menarik
perhatian (attention-focusing questions); soalan mengukur dan mengira (measuring and counting


160

Free download pdf