161
questions); soalan perbandingan (comparison questions); soalan tindakan (action questions);
soalan yang mengemukakan masalah (problem-posing questions) dan soalan penaakulan
(reasoning questions). Mereka akan mempelajari tujuan mengajukan setiap jenis soalan itu.
Peserta kemudian akan menonton video dan meneliti soalan yang diajukan oleh guru. Peserta
diharapkan dapat mengkategorikan soalan-soalan tersebut. Selepas itu mereka membincangkan
hasil dapatan mereka.
Objektif
Di akhir slot ini, peserta dapat:
- Memahami pelbagai jenis soalan produktif.
- Menerapkan pengetahuan yang diperolehi dalam membimbing murid membuat inkuiri.
Alat dan bahan
- Video La Main à la pâte: The candle. Diperoleh dari
https://www.youtube.com/watch?v=a5JHykMtH0E - Transkrip soalan guru.
Masa: 2 jam
Prosedur
Penerokaan (Explore)
- Memahami jenis soalan produktif.
- Menonton video dan mengkategorikan soalan yang diajukan oleh guru.
Penerangan (Explain)
- Dalam kumpulan anda, bincangkan jawapan anda.
Pengembangan (Elaborate)
- Dalam kumpulan anda, modelkan satu pelajaran pendek. Cuba aplikasikan apa yang telah
anda pelajari.
Penilaian dan refleksi
Pra aktiviti
- Mengapa guru mengajukan soalan?
- Senaraikan beberapa soalan yang sering anda tanya di kelas dan nyatakan tujuannya.