163
Lampiran S15-1
Contoh Soalan Produktif
Soalan untuk mencungkil dan mendorong pengembangan idea
Mencungkil idea
Pada pendapat anda, apakah yang menghasilkan bayang-bayang?
Pada pendapat anda, mengapakah objek ini membentuk bayang-bayang yang lebih jelas
berbanding dengan objek itu?
Bagaimanakah anda menerangkan bentuk bayang-bayang?
Mendorong pengembangan idea
Bagaimanakah anda dapat menjelaskan warna bayang-bayang sama untuk semua objek?
Apakah idea lain yang dapat menjelaskan bentuk bayang-bayang?
Sekiranya objek menghalang cahaya daripada menembusinya, bagaimanakah ini
menjelaskan bayang-bayang yang terbentuk lebih besar apabila objek itu lebih dekat
dengan sumber cahaya?
Soalan untuk mencungkil dan mendorong pengembangan kemahiran inkuiri
Mencungkil kemahiran inkuiri
Apakah yang anda ingin tahu mengenai bayang-bayang? (mengemukakan soalan)
Apakah yang anda fikir akan berlaku jika objek digerak ke arah ini? (membuat ramalan)
Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi saiz
bayang-bayang? (membuat penyiasatan)
Apakah yang telah anda jumpai mengenai hubungan antara kedudukan punca cahaya dan
saiz bayang-bayang? (membuat tafsiran)
Mendorong pengembangan kemahiran inkuiri
Apakah yang anda akan dapati jika anda mengukur saiz bayang-bayang sebelum dan
selepas menggerakkan punca cahaya?
Sekiranya bayang-bayang menjadi lebih besar ketika anda menggerakkan punca cahaya
ke arah ini, apakah yang anda fikir akan berlaku jika anda menggerakkan punca cahaya
ke arah lain?
Bagaimanakah anda pastikan bahawa kedudukan punca cahaya dan bukan faktor lain
yang menyebabkan perbezaan ini?
Apakah yang telah anda jumpai mengenai bagaimana untuk mengubah saiz bayang-
bayang?