IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

165


Lampiran S15-2

Mengajukan Soalan Produktif


Soalan yang diajukan oleh guru - sama ada kepada kumpulan ramai, kumpulan kecil atau
individu - memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran melalui inkuiri. Soalan
yang baik dapat meningkatkan kerja; soalan yang kurang baik adalah sebaliknya. Seperti yang
dikatakan oleh Jos Elstgeest: “A good question is a stimulating question, which is an invitation
to a closer look, a new experiment or a fresh exercise... I would like to call such questions
‘productive’ questions because they stimulate ‘productive activity’.” Soalan produktif
mendorong murid untuk memikirkan soalan mereka sendiri dan bagaimana mencari
jawapannya. Soalan produktif berupaya menggerakkan murid ke tahap kerja inkuiri dan
penaakulan yang lebih mendalam. Soalan tidak produktif sering memerlukan jawapan lisan yang
pendek dan tidak lebih dari itu. ("Apakah nama objek ini?" "Apakah itu bateri?" "Adakah arus
bergerak dari kutub positif ke kutub negatif?"). Ini tidak bermaksud bahawa guru tidak boleh
mengajukan soalan seperti ini, tetapi soalan ini tidak sama dengan soalan produktif yang telah
dirancang dengan teliti dan bertujuan untuk membimbing murid ke arah inkuiri.


Cadangan praktikal

 Semasa memulakan inkuiri atau memulakan penyiasatan baharu, soalan utama adalah
sangat penting. Ia mesti cukup spesifik untuk membawa murid ke arah yang diingini,
tetapi ia harus cukup terbuka untuk mencabar kebolehan murid. Contohnya: “Apakah
yang anda fikir penting untuk diketahui bagi menyalakan mentol dengan menggunakan
bateri dan mentol?” adalah berbeza dengan “Apakah yang menyebabkan mentol
menyala?”, dan “Apakah bahagian tumbuhan yang bertumbuh semasa pertumbuhan?”
adalah kurang produktif berbanding dengan “Pada pendapat anda, bagaimanakah kita
boleh menjelaskan kitaran hidup tumbuhan?”.

 Soalan yang diajukan semasa murid menjalankan aktiviti juga boleh menjadi produktif
atau kurang produktif. Soalan seperti berikut boleh mendorong aktiviti dan pemikiran
baharu: “Apakah perbezaan dan kesamaan yang anda perhatikan dalam kalangan objek-
objek (atau situasi-situasi) ini?”, “Mengapakah anda fikir keputusan ini berbeza dari
eksperimen lain?”, “Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika ...?”,
“Bagaimanakah anda fikir anda boleh melakukan ...”, “Bagaimanakah anda boleh
menjelaskan ini?”, “Bagaimanakah kita boleh memastikannya?”, “Berapa
banyakkah ...?”, “Berapakah suhu?”. “Pada pendapat anda” dan “anda fikir” adalah
sangat penting kerana ia tidak memerlukan jawapan yang tepat daripada murid, tetapi
mencungkil idea atau apa yang difikirkan oleh murid.

 Memberi murid beberapa minit untuk memikirkan soalan atau membiarkan mereka
bercakap dengan rakan juga dapat mendorong murid yang kurang bercakap untuk
memberikan idea.

Sumber: Harlen, W. (2012). Inquiry in science education.

Free download pdf