1
Amalan IBSE dalam Bilik Darjah
Cindy Wong Chyee Chen, Koay Suan See dan Vitcsy Michael Niob
Pengenalan
Pelaksanaan IBSE akan terdapat perbezaan di bilik darjah yang berbeza.
Guru memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam menggalakkan pelaksanaan
pendekatan IBSE. Namun, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan IBSE
dalam sesebuah bilik darjah mungkin agak berbeza antara satu sama lain. Hal ini demikian
kerana seseorang guru perlu membuat keputusan tentang strategi pegagogi yang akan
digunakan.
“All teaching in science will involve teachers in a range of pedagogical decisions.
These include: decisions about classroom organisation; encouraging collaborative
work; the kinds of questions to ask; using students’ prior experiences; developing
students’ knowledge, understanding and skills; organising different kinds of discussions;
how students will record and report their work; what kind of feedback to give to
students on their work; and using assessment to help learning. Enabling students to
learn through inquiry may require a shift in how these aspects of teaching are carried
out.” (Harlen, 2012, p.11-19).
Beberapa strategi pedagogi yang harus dipertimbangkan ketika melaksanakan IBSE telah
dijelaskan dalam Pollen (2009, p.14-23). Pemahaman yang jelas serta pengetahuan berkenaan
strategi pedagogi dalam IBSE membolehkan guru memilih aktiviti yang bersesuaian untuk
PdP sains. Dengan ini, guru mampu meningkatkan minat dan perhatian murid terhadap PdP,
sekaligus menggalakkan penyertaan mereka (murid) dalam aktiviti yang dilaksanakan dan
akhirnya mencapai objektif pembelajaran selain murid memproleh pembelajaran yang lebih
bermakna.
Ringkasan Aktiviti
Fokus aktiviti ini adalah terhadap guru dan bukannya murid. Ianya bertujuan untuk
membolehkan para guru memahami dan mengenali strategi pedagogi dalam IBSE.
Aktiviti ini dimulai dengan pendedahan kepada beberapa video PdP yang dikendalikan oleh
guru di luar negara dan dalam negara. Dengan berpandukan borang Video Analysis Checklist
(Lampiran S16A-1), guru menganalisis video-video terbabit dengan mengenal pasti amalan
terbaik dalam IBSE dari tiga aspek, iaitu:
a. prasyarat bilik darjah dan persekitaran pembelajaran;
b. peranan guru; dan
c. pengalaman pelajar
Selepas menonton video-video terbabit, dalam kumpulan kecil, para guru diminta untuk
membincangkan hasil analisis video tadi dengan membuat perbandingan antara pelaksanaan
IBSE di luar negara dan dalam negara untuk mengenal pasti kekuatan masing-masing.
Perbandingan tersebut haruslah berpandukan kepada tiga aspek IBSE (a, b & c) di atas. Hasil
perbincangan dalam kumpulan kecil tersebut akan dibentangkan