1
Objektif
Di akhir slot ini, peserta dapat:
- Menganalisis rakaman video bilik darjah untuk mengenal pasti aspek-aspek dalam IBSE:
a. Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di bilik darjah
b. Peranan guru
c. Pengalaman murid - Membuat perbandingan dan mengenal pasti kekuatan amalam IBSE luar negara dan
tempatan.
Alat dan bahan
- LCD
- Laptop
- Speaker
- Video Analysis Checklist (Lampiran S16A-1)
- Video-video (seperti dalam Lampiran S16A-2)
Masa: 1 jam 30 minit
Prosedur
A. Analisis Video (Luar Negara)
- Semasa menonton video mimi souris, kenal pasti fasa-fasa aktiviti yang dilaksanakan
oleh murid (pengalaman murid). Catat nota secara individu. - Fasilitator dan peserta membincangkan fasa-fasa aktiviti yang dilaksanakan oleh murid.
- Tonton 2 video yang lain iaitu:
a. La circulation et la respiration
b. L’objet poisson - Semasa menonton video, fokus / analisis aspek-aspek berikut:
a. Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di bilik darjah
b. Peranan guru dalam proses pembelajaran
c. Aktiviti yang dilaksanakan oleh murid (pengalaman murid) - Dalam kumpulan (4 orang), analisis video tersebut (berdasarkan senarai semak), kenal
pasti kekuatan, kelemahan dan sebagainya. - Fasilitator dan peserta berbincang tentang aspek pedagogi penting yang perlu
dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan IBSE (rujuk Harlen, 2012).
B. Analisis Video (Tempatan)
- Tonton video-video berikut:
a. Asid dan Alkali
b. Getaran