IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

171


Amalan IBSE dalam Bilik Darjah


Tajuk: Model instruksi berasaskan inkuiri, backward design dan rancangan pembelajaran

Chiam Sun May

Pengenalan


Pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri membolehkan seseorang individu belajar melalui
siasatan terhadap senario, masalah dan melalui pengalaman sosial. Seseorang guru harus
mendorong muridnya untuk melakukan penyiasatan supaya rasa ingin tahu mereka dapat
dipenuhi. Penyiasatan membantu mereka meluaskan asas pengetahuan, memperhalusi
kemahiran dan perkembangan kognitif (National Science Education Standard, 2000).
Pembelajaran berasaskan inkuiri berpotensi untuk meningkatkan penglibatan intelektual dan
kefahaman yang mendalam pada diri murid, membuka peluang kepada mereka meningkatkan
kemahiran menyoal, penyelidikan, komunikasi, berkolaborasi dan menyelesaikan masalah
dalam kehidupan harian. Murid diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam penciptaan
dan peningkatan pengetahuan baharu. Pollen (2009, p.11-14) menjelaskan bahawa terdapat
empat prinsip dalam amalan pembelajaran berasaskan inkuiri yang diringkaskan seperti berikut:


Prinsip #1: Pemusatan murid, manakala guru, sumber dan teknologi bertujuan untuk
menyokong pembelajaran mereka
Prinsip #2: Semua aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada kemahiran memproses
maklumat
Prinsip #3: Guru bertindak sebagai fasilitator
Prinsip #4: Aspek pentaksiran lebih kepada menilai perkembangan kemahiran memproses
maklumat dan pemahaman konsep


Backward design


Menurut Wiggins dan McTighe (2011), reka bentuk ini memanfaatkan guru kerana ia
membantu guru menentukan hasil pembelajaran murid. Setiap tugas dan instruksi daripada
guru harus mempunyai objektif yang bersesuaian dengan tujuan dan matlamat pelajaran / unit
yang menyeluruh. Backward Design bertujuan untuk meningkatkan pemahaman yang lebih
baik mengenai content / proses yang akan dipelajari murid. Guru perlu memikirkan apa yang
perlu dipelajari murid, jenis-jenis data yang boleh dikumpulkan sebagai bukti bahawa murid
telah mencapai standard pembelajaran serta dapat memastikan murid belajar.


Backward Design mempunyai 3 Stages iaitu :
 Stage 1: Mengenalpasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai (Identify Desire Results)
 Stage 2: Menentukan penilaian dan bukti pentaksiran (Determine Assessmeent Evidence)
 Stage 3: Merancang pembelajaran dan instruksi (Plan Learning experiences and
Instruction)

Free download pdf