IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

1 


Objektif


Di akhir slot ini, peserta memperoleh:



  1. Pengetahuan dan kefahaman terhadap Backward Design.

  2. Kefahaman dan idea bagaimana melengkapi Stage 1 Backward Design (Hasil
    pembelajaran, Big Idea, essential question, pengetahuan dan kemahiran), Stage 2
    Backward Design (performance task dan bukti penilaian) dan Stage 3 Backward Design
    (merancang rancangan pembelajaran).

  3. Pengalaman hands-on untuk menyediakan rancangan pembelajaran


Alat dan bahan: Bahan resos untuk setiap peserta bengkel (Senarai Lampiran dan senarai
Rujukan)


Masa: 2 jam 30 minit


Prosedur



  1. Slot ini bermula dengan aktiviti pra. Sila rujuk Lampiran S16B-1a: Hide and Seek untuk
    aktiviti ini. Anda boleh merujuk kepada Lampiran S16B-1b untuk mendapat jawapan
    selepas anda mencuba.
    Penghargaan: Imej Hide and Seek diperoleh daripada https://forums.hardwarezone.com.sg/


Renung-renung:
a. Pada pendapat anda, bagaimana pereka imej ini mereka (design) imej ini?
b. Adakah pereka melukis kupu-kupu, kelawar dan itik terlebih dahulu sebelum melukis
bahagian-bahagian yang lain?
c. Cadangkan langkah-langkah yang diambil oleh pereka tersebut untuk mereka imej ini.
d. Pada pendapat anda, perlukah pereka merancang/menetapkan kedudukan kupu-kupu,
kelawar dan itik terlebih dahulu sebelum menghasilkan imej tersebut?

Catatan:
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta bengkel bahawa dalam
kehidupan harian, ada banyak aktiviti di mana kita mengamalkan Backward Design tanpa
menyedarinya, walaupun situasi tersebut mungkin tidak kena mengenal dengan tugas
seorang guru.


  1. Recap: Slot 12 - Empat Aras Inkuiri.

  2. Renung-renung: Perhatikan Jadual 1 di Bahagian Pengenalan. Jelaskan perbezaan dan
    persamaan kaedah tradisional dan kaedah Backward Design.

  3. Sila rujuk Lampiran S16B-2 untuk pengenalan Big Idea, Essential Questions dan Six Facet
    of Understanding.


Renung-renung: Cadangkan contoh Big Idea, Essential Question dan Non-Essential
Question.
Free download pdf