175
- Lampiran S16B-3 memperkenalkan proses penggubalan rancangan pembelajaran
berpandukan kerangka Backward Design. Dua contoh rancangan PdP (Sains Sekolah
Rendah dan Sains Sekolah Menengah) disediakan.
Renung-renung: Kaji dua contoh tersebut, cadangkan contoh-contoh aktiviti pembelajaran
lain yang boleh menawarkan pengalaman pembelajaran autentik kepada murid-murid anda.
- Lampiran S16B-4 memberi kajian literatur tentang perkembangan model-model instruksi.
Perbandingan antara model-model instruksi yang digunakan dalam PdP Sains disediakan.
Dalam modul ini, Model Instruksi 5E diberi penekanan.
Renung-renung: Apa perbezaan Model Instruksi Needham’s Five Phase Constructivist
Model (1987) berbanding dengan Model Instruksi 5E yang dicadangkan oleh Bybee et al.
(2006)?
- Arahan untuk sesi hands-on:
a. Hasil kerja sesi hands-on akan dibentangkan dalam slot pembentangan selepas slot ini.
Operasi 6-5-3 digunakan (setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang menyediakan
Rancangan Pembelajaran (Learning Plan), selepas pembentangan setiap kumpulan
perlu memperolehi 3 idea/cadangan penambahbaikan daripada kumpulan lain, di
mana idea/cadangan penambahbaikan ini adalah sesuatu tindakan yang dapat
dilaksanakan dalam masa 5 minit). Operasi 6-5-3 bertujuan untuk perkongsian ilmu
pengetahuan, pengalaman dan hasil kerja sesi hands-on peserta.
b. Anda dibahagikan kepada kumpulan guru sekolah menengah dan kumpulan guru
sekolah rendah.
c. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada enam orang.
d. Anda dikehendaki menyediakan rancangan pembelajaran (learning plan) dalam
kumpulan. Anda dikehendaki membuat pembentangan hasil kerja anda pada slot
seterusnya.
Untuk fasa Evaluate, anda dikehendaki menyediakan rubrik penilaian. Recap: Slot 14
Pentaksiran dalam IBSE.
e. Arahan untuk peserta bengkel dari sekolah rendah:
Untuk kumpulan sekolah rendah, sila rujuk Lampiran S16B-5.
Topik yang telah ditetapkan adalah Sains Tahun 4 di mana Standard Kandungan yang
ditetapkan adalah 7.2, manakala Standard Pembelajaran adalah 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3.
Anda dikehendaki memilih Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dari
SATU MATA PELAJARAN SAINS/ MATA PELAJARAN LAIN SEKOLAH
RENDAH DARI MANA-MANA TAHUN.
Contoh 1: Topik dari mata pelajaran Sains Tahun 3 sebagai mata pelajaran untuk
digabungjalinkan.
Atau
Contoh 2: Topik dari mata pelajaran Matematik Tahun 5 sebagai mata pelajaran untuk
digabungjalinkan.