baharu (Harlen et al., 2010, 2015; Harlen, 2015). Dengan adanya kesedaran Big Idea semasa
menyediakan rancangan pembelajaran, ia:
a. Membantu kita fokus kepada core concept. Setiap guru ada pedagogi dan pendekatan yang
pelbagai untuk menyampaikan sesi PdP. Akan tetapi, konsep perlu dikuasai murid pada
akhirnya. 'Akhir' bukan bermaksud tamat sesi PdP kita pada hari tersebut tetapi merujuk
kepada konteks individu murid tersebut, misalnya apabila murid tersebut berada di
peringkat pendidikan tertiari (Lifelong Learning dan pengalaman pembelajaran autentik
murid tersebut).
b. Membantu murid menyusun semula konsep/teori/prinsip/hukum yang pernah dipelajari
dan menghayati perhubungan konsep/teori/prinsip/hukum yang pernah dipelajari dengan
konsep/teori/prinsip/hukum yang baru dipelajari. Ini mungkin akan mengambil masa yang
lama tetapi penting untuk perkembangan kognitif murid pada masa yang akan
datang/apabila mereka berada di tahap pendidikan yang lebih tinggi (Deep Learning dan
Lifelong Learning murid tersebut).
c. Big Idea membuka peluang kepada murid untuk membuat inferens yang bermakna selepas
sesi PdP/ pada masa yang akan datang (Deep Learning, Lifelong Learning dan pengalaman
pembelajaran autentik murid tersebut).
Erickson (2001, seperti dalam Wiggins dan McTighe, 2005) menerangkan bahawa Big Idea
ada beberapa ciri yang umum seperti berikut:
Broad and abstract
Represented by very few words
Universal in application
Timeless –carry through the ages
Represented by different examples that share common attributes
Provide focus “lens” for any study
Provide breadth of meaning by connecting and organizing many facts, skills and
experiences
Transfer of value by applying to inquires and issues over time: horizontally (across
subjects) and vertically ( in years to come within the same subject)
Sebagai langkah permulaan untuk menulis Big Idea, anda boleh merujuk kepada DSKP Sains
atau kontek yang relevan untuk membantu anda berfikir. Anda digalakkan menghayati maksud
teori, hukum, prinsip dan model dalam sains. Untuk memudahkan pemahaman Big Idea,
contoh untuk sains sekolah rendah dan sains sekolah menengah diberikan.
a. Contoh untuk sekolah rendah:
Konsep: Ada pelbagai hidupan seperti pokok, cendawan, ikan, kucing, lipas.
Big Idea (dalam kes ini) yang boleh diterima: Kepelbagaian organisma