IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
Lampiran 16B-3

Proses penggubalan rancangan pembelajaran mengikut kerangka Backward Design

Proses penggubalan rancangan pembelajaran mengikut kerangka Backward Design adalah
berlainan untuk setiap individu dengan menggunakan cara yang berlainan. Modul ini
mengambil The Making of Nonsom/Bosou sebagai contoh perbincangan proses dan cara
penggubalan rancangan pembelajaran mengikut kerangka Backward Design.

Rajah 1: Proses penggubalan rancangan pembelajaran mengikut kerangka Backward Design untuk Projek The
Making of Nonsom/Bosou

Rajah 1 menunjukkan proses yang dilaksanakan oleh penulis untuk menggubal rancangan
pembelajaran mengikut Backward Design. Mengikut rancangan tersebut, murid dilibatkan
dalam melaksanakan projek autentik, iaitu The Making of Nonsom/Bosou (Nonsom/Bosou
adalah ikan jeruk stail Sabah). Contoh ini diambil sebagai satu contoh yang boleh menawarkan
pengalaman pembelajaran yang autentik kepada murid-murid. Proses penggubalan rancangan
pembelajaran/ projek ini bermula dengan sumbang saran mencari Big Idea. Selepas Big Idea
ditetapkan, proses penggubalan diteruskan dengan sumbang saran terhadap Essential Question
dan penetapan Essential Question untuk projek ini. DSKP digunakan sebagai rujukan utama
dalam proses ini bersama-sama dengan Big Idea dan Essential Questions yang telah ditetapkan.

Seseorang guru boleh menggunakan teknik self-ask sebagai panduan seperti berikut:

Stage 1: Identify the results desired

Self-ask:


  • What do I want my pupils to know and to understand?

  • What are the key knowledge, skills, attitude, value and ethics will pupils acquire as a result
    of this unit?

  • What should pupils eventually be able to do as a result of such knowledge and skills?

Free download pdf