c. Bolehkah anda namakan contoh-contoh penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma?
d. Apa yang mungkin akan terjadi kalau kita minum susu yang sudah tamat tarikh luput?
e. Apa peranan yis dalam pembuatan tarak?
Rujuk Buku Teks Tahun 6, Standard Pembelajaran 3.2.1, 3.2.2, 3.2.3, M.S. 32 – 35 untuk penjanaan soalan
Explore (Cadangan: 60 minit)
- Murid dibahagikan kepada kumpulan. Mereka dibimbing oleh guru untuk membincangkan cara-cara membuat Nonsom/Bosou. Rujukan
boleh disediakan oleh guru/ diterokai murid sendiri bergantung kepada tahap inkuiri yang dirancang oleh guru (Limited/Confirmation
Inquiry/ Structured Inquiry/ Guided Inquiry/ Open Inquiry)
Contoh-contoh bahan rujukan:
https://youtu.be/u4_6QEb1sw0
http://borneobonita.blogspot.com/2012/08/sabah-traditional-recipe-karataanbosou.html
http://bosousada.blogspot.com/2018/04/cara-membuat-bosou.html
- Murid diminta melengkapi aktiviti - Lembaran Aktiviti: Jeruk Ikan/Nonsom/Bosou Kaum KadazanDusun Sabah.
Alternatif: Lembaran aktiviti diubahsuai mengikut keperluan dan tahap murid. Rujuk Buku Teks Tahun 6, Standard Pembelajaran 3.2.2,
3.2.4/ 8.1.7, M.S. 36 untuk penjanaan idea.
- Murid dikehendaki membuat Nonsom/Bosou berdasarkan hasil perbincangan dan hasil kerja lembaran aktiviti mereka.
Guru membimbing muridmurid melalui soalan seperti:
a. Bagaimana anda memastikan kebersihan bekas?
b. Bagaimana anda dapat memastikan Nonsom/Bosou anda tidak jadi buruk?
c. Apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti Nonsom/Bosou yang dihasilkan nanti?
d. Kalau kita hendak menghasilkan Nonsom/Bosou dalam kuantiti yang besar dengan berjaya, apa yang kita perlu buat?