Explain (Cadangan: 60 minit) – Dua minggu selepas pengawetan Nonsom/Bosou (Nonsom/Bosou memerlukan masa 10 – 20 hari untuk
termenjadi)
- Murid membincangkan pemerhatian mereka dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
- Murid membentangkan hasil kerja mereka. Mereka membanding hasil dapatan dengan rancangan / ramalan asal, penambahbaikan yang
dilakukan dan justifikasinya, dan membuat kesimpulan tentang Nonsom/Bosou yang dihasilkan.
Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru:
a. Apakah pengetahuan (konsep) sains dalam membuat Nonsom/Bosou?
b. Bagaimana pengetahuan (konsep) ini membantu anda menyediakan Nonsom/ Bosou?
c. Ada apa-apa perkara yang perlu diubahsuaikan supaya kualiti Nonsom/Bosou anda lebih baik?
Elaborate (Cadangan: 60 minit)
- Murid diminta membuat perbandingan Nonsom/Bosou dengan makanan jeruk yang lain (Contoh: Jeruk buah Bambangan, Jeruk sayur
Tuhau). Perbincangan dikaitkan dengan mikroorganisma dan pengawetan. Murid diminta untuk menghujahkan/membandingkan cara-cara
pengawetan makanan jeruk yang berlainan. - Murid diminta memberi cadangan untuk meningkatkan kualiti makanan jeruk/ mengurangkan kemungkinan makanan jeruk menjadi rosak/
memastikan tidak ada giuk dalam makanan jeruk. - Murid diminta membuat perkongsian pengalaman mereka daripada aktiviti ini.
- Murid mendemostrasikan hasil kerja dan mempersembahkan hasil perbincangan mereka.
Contoh-contoh soalan yang dikemukakan oleh guru:
a. Bandingkan Nonsom/Bosou dengan Jeruk Bambangan/Jeruk Tuhau.
b. Apa yang anda belajar daripada menyediakan Nonsom/Bosou?
c. Kongsi pengalaman anda sepanjang aktiviti membuat Nonsom/Bosou.
d. Mengapa garam/ cuka digunakan sebagai agen pengawetan?