SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Mentadak


Mentadak adalah serangga yang tergolong dalam order Mantodea. Dalam
bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai " praying mantis " kerana kaki
hadapannya telah dimodifikasikan berbentuk sabit dan kelihatan seolah-
olah sedang berdoa. Ia mempunyai ukuran panjang badan 6 - 8 cm. Ia juga
merupakan sejenis serangga pemangsa (karnivor). Ia menangkap mangsa
yang ditemui sebagai sumber makanannya dengan kaki hadapannya. Di
peringkat nimfa, bentuk fizikalnya adalah sama seperti mentadak dewasa
kecuali saiznya lebih kecil berbanding dengan mentadak dewasa dan tidak
mempunyai sayap. Seperti lalat buah, ia makan serangga selepas
beberapa jam menetas dari telur. Jika tidak ada sumber makanan, maka ia
akan makan nimfa yang lain untuk terus hidup. Kepala mentadak
berbentuk segi tiga dan ia merupakan satu-satunya serangga yang mampu
mengimbas keadaan sekeliling dengan dengan menggerakkan kepalanya
dalam 360o. Bentuk fizikal mentadak juga agak unik kerana mempunyai
bentuk dan warna yang mampu mengelirukan mangsa dan pemangsanya.


Mentadak Hijau (Green
Mantis), Hierodula sp.
Free download pdf