SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Serangga Tanglung


Serangga tanglung atau dikenali sebagai ‘ lanternfly ’ diklasifikasikan dalam
order Hemiptera. Diversiti serangga tanglung ini adalah tinggi di hutan
tropika. Mereka mempunyai variasi warna yang menarik. Orang ramai
seringkali salah anggap bahawa serangga ini menghasilkan sumber
cahaya. Sebenarnya, serangga ini tidak mempunyai komponen khas untuk
mengeluarkan sumber cahaya seperti kelip-kelip. Sumber cahaya yang
memantul pada bahagian sayapnya ketika terbang menyebabkan ia
seakan-akan mengeluarkan cahaya daripada badannya. Jenis serangga ini
selalunya dapat dilihat berehat pada pokok-pokok yang mempunyai kulit
kayu licin seperti pokok durian, langsat, duku dan rambutan. Serangga
tanglung kelihatan jinak dan comel. Ia mempunyai tindak balas refleksi
yang tinggi di mana ia akan melompat dengan pantas dari satu pokok ke
pokok lain apabila ia menyedari kehadiran ancaman mendekati.


Serangga Tanglung Putih, Pyrops sultanus , endemik di Borneo.
Free download pdf