SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

BAB 5 ANCAMAN DAN


PEMULIHARAAN


SERANGGA HUTAN


APAKAH ANCAMAN KEPADA SERANGGA


HUTAN?


Orang ramai mungkin hanya melihat kecantikan yang terpapar pada
serangga seperti kupu-kupu dan pepatung yang cantik. Hakikatnya,
serangga-serangga tersebut juga mengalami ancaman secara langsung
dan tidak langsung dari semasa ke semasa.


Isu hangat seperti pembalakan dan pembukaan tanah untuk tujuan
pertanian adalah antara ancaman kepada serangga. Secara langsung, hal
tersebut mengakibatkan serangga tersebut kehilangan habitat asal dan
sumber makanan terbatas. Penangkapan serangga tanpa permit di hutan-
hutan simpan sebagai koleksi peribadi dan cenderahati juga merupakan
salah laku etika yang dapat memberi impak kepada populasi serangga.


Faktor secara tidak langsung adalah seperti perubahan iklim
contohnya, cuaca panas yang melampau dan ia seterusnya mengakibatkan
kebakaran hutan. Kebakaran hutan merupakan ancaman yang serius
bukan sahaja kepada serangga malah hidupan lain dan ia akan mengambil
tempoh masa yang sangat lama untuk pemulihan hutan. Penggunaan
racun seperti racun serangga dalam pengawalan serangga dan
penggunaan racun rumput yang berleluasa mengakibatkan serangga-
serangga lain (yang bukan perosak) turut mati.

Free download pdf