PEMULIHARAAN SERANGGA HUTAN
Kaedah pemuliharaan atau konservasi serangga adalah penting bagi
memastikan bilangan spesies tidak terjejas dan seterusnya membawa
ketidakseimbangan ekosistem. Salah satu inisiatif adalah dengan
mengekalkan habitat asal serangga tersebut. Hutan hujan tropika di
Malaysia adalah kaya dengan tumbuhan hijau dan berada dalam keadaan
lembap sepanjang tahun. Namun, penerokaan tanah untuk pelbagai
aktiviti agroekonomi seperti ladang sawit, kebun getah dan lain-lain
mungkin menjejaskan persekitaran habitat serangga. Oleh itu, prosedur
standard operasi ( Standard Operating Procedure ) perlu dipatuhi dalam
pelaksanaan pengurusan hutan dan ladang agar dapat meminimakan
impak ke atas habitat yang memberi kesan negatif kepada populasi
serangga.
Suasana hutan hujan tropika yang nyaman dan sesuai sebagai habitat serangga.