SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Kitaran hidup bagi kupu-kupu bermula daripada telur. Kebiasaannya,
kupu-kupu betina akan bertelur di permukaan yang terlindung pada
tumbuhan perumah. Ia akan mengambil masa lebih kurang seminggu
untuk menetas dan menjadi ulat atau larva. Larva akan melalui fasa
penukaran kulit atau dipanggil sebagai proses ‘ molting ’ sehingga 4-5 kali
dan disebut sebagai fasa instar. Selepas instar yang terakhir, ulat kupu-
kupu akan kurang aktif untuk makan dan mencari tempat yang sesuai
untuk membuat kepompong. Terdapat pelbagai jenis kepompong seperti
kepompong yang menggunakan daun dan kepompong bebenang yang
dihasilkan oleh kupu-kupu sendiri. Tempoh kupu-kupu dewasa muncul
daripada kepompong biasa mengambil masa 7 sehingga 10 hari tetapi ada
juga yang mengambil masa lama sehingga berminggu-minggu bergantung
kepada faktor kesesuaian persekitaran.


Rajah 3.1. Kitaran hidup kupu-kupu Rajah Brooke
(dilukis oleh Sharifah Noor Hazimah M.S.).
Free download pdf