SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Kumbang


Kumbang tergolong dalam order Coleoptera dan merupakan kumpulan
serangga terbesar di dunia, dengan anggaran 500,000 spesies dan lebih
daripada 160 famili. Ia mempunyai lebih banyak famili dan spesies
berbanding dengan kumpulan-kumpulan serangga yang lain. Ia mudah
untuk dikenalpasti melalui bentuknya, iaitu ia mempunyai sayap hadapan
yang tebal dan keras bagaikan perisai yang dipanggil sebagai ‘ elytra ’ dan
kalis air bertujuan melindungi sayap lembut apabila tidak membuat
penerbangan. Selain itu, sayap hadapan yang keras juga melindungi
organ-organ lembut seperti organ di bahagian abdomen. Kumbang juga
mempunyai antena seperti serangga-serangga lain yang berfungsi sebagai
deria bau dan rasa. Dari segi anatomi, bentuk antena juga berbeza-beza
mengikut kumpulan kumbang. Kumbang mempunyai bahagian mandibel
yang kuat, berfungsi untuk mengunyah, mengerat dan menggigit
makanan. Dari segi habitat pula, mereka hidup dalam ekosistem yang
bebeza, seperti di dalam kayu, tanah dan juga air. Bagi Kumbang Rusa,
Kumbang Badak dan Kumbang Bertanduk Panjang ( Long-horned Beetle ), ia
boleh membesar sehingga 10 cm panjang. Tempoh hayat bagi kumbang
dewasa adalah dianggarkan selama 200 hari.


Kumbang Badak ( Rhinoceros Beetles ),


Famili Scarabaeidae


Kumbang Tanduk ( Oryctes rhinoceros dan Xylotrupes gideon ) dan
Kumbang Bertanduk Tiga ( Chalcosoma moellenkampi dan Chalcosoma
atlas
) secara umumnya digolongkan sebagai Kumbang Badak kerana
mereka mempunyai saiz yang besar. Mereka merupakan perosak utama
bagi tanaman palma sehingga mampu merencatkan kadar pertumbuhan
tanaman tersebut. C. moellenkampi merupakan spesies endemik yang
hanya boleh didapati di Borneo.

Free download pdf