Kumbang Najis ( Dung Beetle ),
Catharsius dayacus
Kumbang ini berwarna hitam. Warnanya akan bertambah gelap apabila ia
mati. Ia merupakan Kumbang Najis yang terbesar di Borneo. Ia berada di
hutan tanah tinggi dan tanah rendah, dan digelar sebagai Kumbang Najis
kerana gemar mengambil najis sebagai makanan. Kumbang ini
menggunakan bahagian kepalanya untuk "menggulung" najis, menjadikan
ia berbentuk bebola. Bebola najis merupakan sumber makanan dan ruang
pembiakan bagi kumbang yang belum mencapai peringkat dewasa. Ia
mempunyai kaki yang sangat kuat serta bentuk kepala seakan-akan bilah
pisau. Kumbang najis ini diberi nama Catharsius dayacus sempena salah
satu suku kaum di Borneo iaitu suku kaum Dayak.