SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Pepatung dan Pepatung Jarum


Secara umumnya, kumpulan ini hanya diketahui dengan satu panggilan
umum, iaitu pepatung. Namun, dari sudut sains pula, ia dikategorikan
kepada dua suborder iaitu Anisoptera bagi pepatung ( true dragonfly ) dan
Zygoptera bagi pepatung jarum ( damselfly ). Kedua-dua suborder ini
diklasifikasikan dalam order Odonata yang membawa maksud rahang gigi
dalam bahasa purba Greek. Kumpulan ini merupakan sejenis serangga
pemangsa kepada serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Secara
keseluruhan, hampir 400 spesies yang terdapat di Malaysia dan
kebanyakannya hanya didapati di Borneo. Borneo merupakan antara
pulau yang terkaya dengan spesies pepatung dan pepatung jarum. Bagi
kumpulan serangga ini, ia dikatakan sebagai serangga purba kerana telah
wujud sejak 150 juta tahun dahulu, iaitu pada zaman kewujudan dinosour
dan menjadikannya kumpulan serangga tertua di dunia.


Pepatung Biru,
Orthetrum glaucum.
Free download pdf