SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Semut mempunyai antena yang berfungsi sebagai alat komunikasi dan
berhubung dengan semut-semut lain. Jika diperhatikan, mereka akan
bertemu di pertengahan jalan dan menyentuh antena antara satu sama
yang lain. Setiap kali bertemu dengan semut yang lain, ia akan berhenti
seketika dan menggerakkan antenanya ke hadapan, belakang, kiri dan
kanan untuk berinteraksi. Pergerakan antena menunjukkan lokasi
makanan dan kawasan sarang mereka. Tidak semua semut akan bersarang
di tanah. Segelintir kumpulan semut membuat sarang di pokok. Seperti
semut kerengga ( Common Weaver Ant ), sarangnya diperbuat daripada
daun-daun yang dicantum sehingga terbentuknya sebuah sarang. Pada
masa yang sama, ia akan menjaga keseluruhan pokok tersebut daripada
sebarang ancaman. Jika ia merasa diancam, ia akan menggigit dan
membuat serangan dalam kumpulan demi melindungi sarangnya
mahupun pokok tersebut. Ia akan menggigit dan tidak akan melepaskan
gigitannya walaupun dibunuh. Gigitannya boleh menyebabkan kesan gatal
pada kulit. Selain itu, terdapat kumpulan semut bersaiz besar yang digelar
Semut Raksasa Hutan, iaitu spesies Dinomyrmex gigas atau dalam bahasa
Inggeris ‘ Giant Forest Ant ’ yang mana merupakan semut terbesar di Asia
dan hanya terdapat di kawasan hutan hujan tropika.


Semut Polyrhachis sp.
Free download pdf