Anai-anai
Anai-anai mengamalkan sistem hidup berkasta yang teratur seperti semut.
Namun, ramai yang masih keliru untuk membezakan anai-anai dan semut.
Anai-anai mempunyai antena yang lurus, tidak berpinggang (di antara
bahagian toraks dan abdomen) dan badan yang lembut. Di hutan, pelbagai
jenis anai-anai dapat dilihat dari lantai hutan sehingga lapisan kanopi
pokok. Anai-anai diklasifikasikan dalam order Isoptera, namun telah
diklasifikasikan semula kepada order Blattodea yang merangkumi lipas.
Umumnya, orang awam sering mempunyai pandangan negatif
terhadap anai-anai, di mana ia hanya membawa kerosakan kepada kayu
atau alat-alat berkayu. Anai-anai subterranean dari genus Coptotermes
merupakan kumpulan anai-anai yang ganas dan bukan sahaja
menyebabkan kerosakan pada perabot kayu bahkan menyerang pokok
kayu yang sihat. Namun, terdapat beberapa kumpulan anai-anai yang
membantu dalam ekosistem seperti kitaran nutrien untuk membantu
dalam kadar pertumbuhan pokok.
Anai-anai Coptotermes sp.