SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Lebah dan Penyengat


Umumnya, lebah dan penyengat merupakan serangga yang ditakuti oleh
kebanyakan orang kerana sengatannya yang sangat menyakitkan. Namun,
serangga ini tidak akan menyerang jika sarangnya tidak diganggu, bak kata
pepatah “sarang tebuan jangan dijolok”. Lebah dan penyengat ini
tergolong dalam order Hymenoptera yang bermaksud “sayap membran”.
“Sayap membran” bermaksud lebah dan penyengat mempunyai dua
pasang sayap yang disatukan untuk membentuk cangkuk bersiri atau
dipanggil ‘ frenulum ’.


Perhubungan sosial dapat dilihat pada sesetengah kumpulan
lebah seperti lebah madu yang mempunyai kasta dalam koloni. Kasta yang
dimaksudkan adalah seperti permaisuri, askar dan pekerja. Mereka
memainkan peranan masing-masing seperti lebah dalam kehidupan sosial.
Permaisuri berfungsi untuk bertelur bagi menghasilkan koloni yang lebih
besar. Askar memastikan permaisuri dan pekerja sentiasa dalam keadaan
yang selamat daripada sebarang ancaman. Pekerja pula
bertanggungjawab untuk mencari dan mengangkut makanan balik ke
sarang. Namun, ada juga kumpulan subsosial yang mampu berdikari untuk
meneruskan kehidupan.


Ramai orang melihat lebah dan penyengat sebagai serangga yang
perlu dielak kerana sengatannya yang menyakitkan. Namun begitu, dari
sudut positif pula, terdapat banyak manfaat yang telah dihasilkan
daripada mereka bukan sahaja untuk kepentingan ekosistem malah
kepentingan ekonomi hingga ke peringkat global. Perkara yang boleh
diambil sebagai contoh adalah penghasilan madu lebah yang menjadi
sumber makanan dan produk lain seperti lilin, ubat gigi propolis dan
seterusnya dapat membantu dalam ekonomi negara selaras dengan hasil
penjualan produk tersebut. Dari sudut ekosistem, mereka sangat penting
sebagai agen pendebungaan.

Free download pdf