SERANGGAHUTAN_231224_150806

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

BAB 4 KEPELBAGAIAN


SERANGGA YANG


KURANG DIKENALI


Serangga Ranting


Padan dengan namanya, serangga ini sangat sukar untuk dilihat kerana ia
mempunyai teknik penyamaran yang baik dan kelihatan seperti ranting
kayu. Serangga ranting (order Phasmida) merupakan serangga yang amat
menarik sekali. Bukan sahaja kerana teknik penyamarannya yang baik
malah serangga ini mempunyai variasi dari segi saiz, warna dan bentuk
fizikal. Kumpulan serangga ini mempunyai dua jenis kumpulan, iaitu
kumpulan yang mempunyai sayap untuk terbang dan kumpulan yang tidak
mempunyai sayap atau hanya mempunyai sayap yang kecil dan tidak
mampu untuk terbang. Banyak serangga ranting yang endemik didapati di
Borneo. Ramai yang beranggapan bahawa serangga ini berbahaya kerana
saiznya yang besar dan rupanya yang garang. Namun, mereka tidak
menyerang manusia dan hanya makan daun tumbuhan. Terdapat
beberapa spesies serangga ranting yang mempunyai sistem pertahanan
diri seperti abdomen yang berduri agar tidak dimakan oleh pemangsa.


Serangga ranting merupakan salah satu jenis serangga yang
mempunyai ukuran badan terpanjang di dunia. Spesies Phobaeticus chani
telah ditemui di Sabah dan ia adalah spesies endemik di Borneo. Ukuran
saiz panjang serangga ini ialah 567 mm (termasuk unjuran kaki) dan
spesimennya telah disimpan di Natural History Museum , London. Spesies
ini diberi nama sempena Datuk Chan Chew Lun iaitu ahli alam sekitar atau
naturalis Malaysia, yang juga merupakan pakar serangga ranting di
Borneo.

Free download pdf