e-Buletin Perpustakaan DMTK IPGK Kent Tuaran Bil.2/2023

(IPGKP kentFIP3vJ) #1
SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN

1 .Jaidah binti Saidon@Saidun (Ketua Unit Pusat Sumber )
2 .Treciae Majit (Pustakawan)
3 .Suhana Maidin (Pembantu Pustakawan Kanan (H))
4 .Dayang Musliha Mohd Ralbi (Pembantu Pustakawan Kanan (M))
5 .Alimah Muslim (Pembantu Operasi)
6 .Zulizah Mohd Judin (Pembantu Operasi)

Tarikh : 27 Oktober 2023 (Jumaat)
Tempat : Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Pusat Pembangunan Koleksi dan
Pusat Bibliografi Negara (Perpustakaan Negara Malaysia)
Masa : 9.00 - 11.30 pagi


Diberikan taklimat oleh Ketua Unit Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Puan
Mazidah Abd Rahman. Sesi taklimat berkaitan dengan beberapa Akta berkaitan
dengan penyerahan bahan terbitan seperti Akta 331 AKTA PENYERAHAN
BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 dan Akta Pemeliharaan Buku 1966
Adalah menjadi kewajipan kepada semua Penerbit Kerajaan khasnya untuk
menyerahkan semua terbitan yang diterbitkan kepada Perpustakaan Negara
Malaysia. Akta 331 mewajibkan penyerahan bahan ini untuk disimpan sebagai
salah satu khazanah maklumat negara.
Serahan untuk terbitan bahan bercetak adalah sebanyak 5 naskhah manakala
untuk terbitan bahan bukan bercetak perlu serahkan bond digital ke dalam
sistem yang telah dibuat oleh pihak PPTN
Sesi Lawatan ke Pusat Pembangunan Koleksi Perpustakaan : Merupakan
tempat untuk memproses bahan-bahan yang dibeli. Pembelian adalah
mengikut hasil perbincangan mesyuarat melibatkan beberapa pihak.
Dana penulis adalah salah satu Dana yang boleh dipohon oleh semua penulis
di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kriteria yang perlu
dipenuhi untuk melayakkan penulis mendapat dana tersebut dimana salah satu
daripada kriteria adalah buku yang diterbitkan haruslah mempunyai
PdP(Pengkatalogan dalam Penerbitan)
Lawatan ke Pusat Bibliografi Negara : Semakan terhadap semua permohonan
ISBN/ISSN mendapati tiada bahan yang pending untuk serahan bagi semua
terbitan IPGK Kent.
Permohonan institut untuk mengadakan sesi taklimat untuk semua warga IPGK
Kent diterima baik oleh pihak PBN. Pihak institut cuma perlu membuat surat
permohonan kepada Ketua Pengarah.
Menerima sumbangan buku kanak-kanak , beberapa buku ilmiah dan pamplet
u-pustaka untuk digunakan dalam penganjuran aktiviti perpustakaan.
Free download pdf