KOLUMISON BOROS SUNDAIT ID KAMPUNG LOKOS / JILORISA JOHN

(IPGKP kentFIP3vJ) #1
vii

ABSTRAK

Masyarakat Kadazandusun memiliki warisan sastera lisan yang sangat berharga termasuk


dalam bentuk sundait. Perubahan zaman dan kemajuan teknologi merupakan cabaran yang


menyebabkan pengetahuan berkaitan dengan sastera lisan ini semakin berkurangan


terutamanya dalam kalangan generasi muda. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keindahan


bahasa dalam sundait di Kampung Lokos. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri


sundait yang sering digunakan oleh golongan tua semasa musim menuai padi di Kampung


Lokos, memahami fungsi sosial sundait tersebut dan juga mengetahui kepentingan


penggunaan sundait bagi aspek keindahan bahasa dalam kehidupan masyarakat


Kadazandusun. Kajian ini menggunakan reka bentuk etnografi dalam konteks kualitatif


dengan menggunakan metodologi temu bual, pemerhatian dan merujuk sumber-sumber


kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sundait di Kampung Lokos mempunyai


beberapa ciri seperti struktur yang pendek dan panjang, penggunaan bahasa dan gaya


penyampaian yang menarik, variasi dalam cara penyampaian, pembentukan melalui proses


pendengaran dan dipengaruhi oleh persekitaran serta mempunyai peraturan semasa


penyampaian sundait. Fungsi sosial sundait di Kampung Lokos penting dalam pemeliharaan


budaya dan tradisi semasa musim menuai, persaingan untuk menjawab dengan cepat dan


bilangan sundait yang dimiliki, penggunaan sundait sebagai alat untuk menghilangkan


kebosanan, memberikan hiburan dan mengukuhkan hubungan di kalangan individu yang


terlibat. Kepentingan penggunaan sundait sebagai keindahan bahasa dalam kehidupan


masyarakat Kadazandusun pula berkait rapat dengan kemahiran keindahan bahasa yang


terkandung dalam kurikulum Bahasa Kadazandusun sekolah rendah. Kajian ini penting bukan


sahaja untuk mengenali tradisi lisan sundait di Kampung Lokos tetapi juga menyediakan


sumber rujukan bagi sesiapa yang berminat untuk memahami dan mempelajari sundait


dengan lebih lanjut.


Kata kunci: sastera lisan, sundait, keindahan bahasa, ciri-ciri sundait, fungsi sosial

Free download pdf