Bengkel Gemilang Libraryku
2-5 Januari 2024
Program Gotong-Royong Keceriaan yang telah diadakan di
Perpustakaan IPGM Kampus Kent dan ruang kerja staf Unit Pusat
Sumber. Program ini bertujuan untuk memastikan Perpustakaan IPGM
Kampus Kent dan ruang kerja staf sentiasa kemas, bersih dan
kondusif untuk digunakan. Semua barangan yang tidak digunakan
lagi disisihkan serta barangan di ruangan yang tidak sesuai disimpan
di tempat yang lebih baik dan kemas. Aktiviti ini melibatkan kerja-kerja
menyusun rak buku, meja, sofa dan barangan serta peralatan di
dalam stor.