Bengkel Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Bahan Perpustakaan
27 - 28 Jun 2024
Bengkel ini dijalankan untuk membaik pulih bahan-bahan
Perpustakaan yang telah rosak. Proses pemuliharaan bahan
melibatkan proses seperti membersihkan, menjahit dan
melekatkan semula kulit buku.
Bengkel ini adalah aktiviti tahunan yang bertujuan untuk
memastikan koleksi bahan Perpustakaan sentiasa boleh
digunakan dan berada dalam keadaan baik. Semua peserta
program telah diberikan taklimat dan pendedahan serta tunjuk
ajar dalam memelihara dan memulihara koleksi Perpustakaan
agar khazanah dan sumber ilmu yang terdapat di Perpustakaan
IPGM Kampus Kent terpelihara dan boleh digunakan sepenuhnya
untuk generasi akan datang