JUR
NAL^ PRAKT
IK
UM
JUR
NAL^ PRAKT
IK
UM
MMingguinggu (^)
2 September2 September
20242024
DOMINASI MURID DALAM AKTVITI MENGANGGU
PENGLIBATAN MURID SECARA
MENYELURUH.
Sepanjang minggu kedua praktikum, saya menjalankan beberapa aktiviti yang bertujuan
untuk meningkatkan penglibatan murid sekali gus membantu murid untuk dalam
pembelajaran, terutamanya dalam kelas 4 Aparu dan 6 Aparu. Aktiviti-aktiviti tersebut
telah diterima dengan baik oleh murid-murid, di mana mereka menunjukkan minat dan
semangat yang tinggi untuk mengambil bahagian dan turut serta dalam aktiviti. Namun
begitu, saya mendapati terdapat beberapa murid yang cenderung mendominasi aktiviti-aktiviti
tersebut. Mereka sering kali mengambil peranan utama, manakala murid-murid lain menjadi
pasif dan hanya mengikuti aktiviti tanpa banyak interaksi. Situasi ini menimbulkan cabaran
bagi saya dalam melakukan pentaksiran, kerana saya memerlukan penglibatan semua murid
untuk menilai pemahaman dan kemahiran mereka secara menyeluruh.
I S U Y A N G D I F O K U S K A N :I S U Y A N G D I F O K U S K A N :
A N A L I S I S I S U Y A N G D I F O K U S K A N :
A N A L I S I S I S U Y A N G D I F O K U S K A N :
Punca utama kepada isu ini adalah sikap murid-murid tertentu yang mempunyai keyakinan
diri yang tinggi dan kecenderungan untuk memimpin, namun tidak memberi ruang kepada
rakan-rakan lain untuk turut serta secara aktif. Walaupun begitu, saya tidak dapat
menghalang kerana ia akan mengehadkan kemahiran berfikir murid tersebut untuk terus
mencuba dalam beraktiviti. Selain itu, terdapat juga murid yang lebih pemalu atau kurang
dijalankan. Kesan daripada situasi ini adalah kurangnya penglibatan menyeluruh dalam
kalangan murid, yang menyebabkan saya sukar untuk melakukan pentaksiran terhadap
kemajuan setiap individu. Hal ini juga boleh menyebabkan murid yang kurang aktif merasa
terpinggir dan kurang bermotivasi untuk belajar akibat adanya rakan mereka yang sudah^
mewakilkan mereka.
4
Tempoh Penyelesaian:
2 Minggu
Abdul Alim Bin
Mazlan