Minggu Praktikum: 3
Tarikh: 9.9.2024 hingga
13.9.
Tajuk Jurnal: Aktiviti/ Majlis
Luar Bilik Darjah menyebabkan
aktiviti PdPc terganggu.
Isu yang difokuskanIsu yang difokuskan
Pada minggu ketiga ini, salah satu cabaran utama
yang dihadapi dalam PdPc adalah gangguan
terhadap pelaksanaan pembelajaran akibat
beberapa aktiviti luar bilik darjah yang berlangsung
di sekolah. Antara aktiviti utama yang menyebabkan
gangguan tersebut adalah Majlis Penutupan
Kemerdekaan dan Majlis Persaraan Guru. Kedua-dua
majlis ini penting dalam kalendar sekolah kerana ia
meraikan pencapaian negara dan menghargai jasa
pendidik.
.
Analisis Isu yang
difokuskan
Analisis Isu yang
difokuskan
Masalah ini menjadi lebih ketara kerana aktiviti-
aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan mengambil
masa yang panjang, iaitu menyebabkan sesi PdPc
tidak dapat dijalankan secara sepenuhnya. Kesannya
secara langsung ialah waktu pengajaran yang
berkurang menyebabkan silibus tertangguh.
Contohnya, pada minggu ini saya tidak dapat
menjalankan sesi PdPc dengan dua kelas 3 Alfa
bagi subjek matematik dan dua kelas 2 Alfa untuk
subjek matematik. Kehilangan waktu PdPc ini
menyebabkann perancangan aktiviti PdPc saya
ditangguh ke minggu selepas cuti sekolah dan
menjadi cabaran kepada saya menyelesaikan
kandungan pembelajarana dalam temph masa yang
diperuntukkan iaitu berdasarkan Rancangan
Pengajaran Tahunan.
Kajian LampauKajian Lampau
Christison (2013)
Aktiviti luar bilik darjah seperti majlis penutupan kemerdekaan ini boleh
membantu murid untuk membina kemahiran sosial yang tidak dapat
diperoleh di dalam kelas. Aktivit-aktiviti ini memberi murid peluang
belajar secara tidak formal. Pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan seperti pertandingan mendeklamasikan sajak, tarian,
nyanyian, peragaan pakaian juga dapat mencungkil bakat terpendam
murid. Murid-murid turut belajar bekerjasama, menghargai sejarah dan
mengembangkan sikap tanggungjawab sosial. Namun, cabarannya
berlaku bagaimana guru boleh memastikan bahawa PdPc tetap berjalan
walaupun dengan adanya aktiviti ini.
Menyediakan sesi
pemulihan pembelajaran
supaya dapat menyeimbangkan waktu
PdPc yang terjejas.
memberi tugasan di rumah
atau merancang aktiviti
tambahan yang berkaitan dengan
topik PdPc yang terganggu.
Namun, kehadiran aktiviti
seperti ini secara langsung
telah mengurangkan masa
PdPc yang dirancang,
sekali gus menyulitkan
penyampaian kandungan
pembelajaran kepada
murid.
14
Nurfarida Binti Samsul