Analisis isu yang difokuskan (Punca dan Kesan)
Punca masalah ini dikenal pasti sebagai
kurangnya minat murid terhadap bahan
pembelajaran yang digunakan. Selain itu,
suasana kelas yang kurang kondusif juga
menyumbang kepada masalah ini. Kesan
daripada isu ini termasuklah prestasi
pembelajaran murid yang rendah dan kualiti
interaksi dalam kelas yang kurang memuaskan.
Mereka juga tidak dapat melakukan latihan
ringkas yang saya berikan kepada mereka pada
akhir sesi pembelajaran.
Mohammad Noor
Sauzan Bin Nordin
Antara punca yang dikenal pasti adalah semasa kelas matematik saya yang
pertama pada minggu itu. Saya telah menggunakan aplikasi Scratch untuk
membuat satu permainan yang juga berfungsi sebagai alat bagi murid untuk
menyelesaikan operasi tambah dan tolak. Masalah timbul apabila penglibatan
setiap murid kurang disebabkan oleh paparan skrin lcd yang kurang jelas.
Kesannya, hanya beberapa murid di barisan hadapan sahaja dapat melihat
dengan jelas terhadap paparan di papan putih. Selain itu, sewaktu kelas
Pendidikan Jasmani, saya telah menggunakan sebuah laptop dan speaker
untuk aktiviti set induksi. Masalah yang dihadapi adalah murid tidak dapat
mendengar dengan jelas terhadap bunyi daripada speaker disebabkan
tempat yang lapang. Kesannya, keadaan murid agak kurang terkawal dan
murid berlarian di padang.
Kajian Lampau :
Berdasarkan kajian, teknologi seperti
papan pintar (smartboards), perisian
interaktif, dan realiti maya (VR)
membantu meningkatkan minat pelajar
dengan menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan dan menarik (Kim et al.,
2013). Selain itu, Pelajar boleh mengakses
bahan pembelajaran pada bila-bila masa
melalui sumber dalam talian,
membolehkan mereka belajar mengikut
kadar sendiri (Aloraini, 2012).
Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Untuk menangani isu ini, dicadangkan
supaya penggunaan teknologi digunakan
mengikut kesesuaian tempat dan
persekitaran. Pencahayaan serta ruang
tempat belajar perlu diambil kira agar
alat teknologi dapat digunakan dengan
sepenuhnya dan sebaik mungkin.
Tempoh Masa Penyelesaian adalah 4 Hari
Tindakan Susulan
Pelaksanaan Pdp yang melibatkan LCD ataupun speaker seharusnya digunakan di tempat yang tertutup dan mempunyai ruang
yang mencukupi, seperti makmal komputer, kelas dan pusat sumber. Bagi sekolah saya, tempat yang sesuai adalah di dalam
bilik pemulihan dan juga perpustakaan. Selain itu, saya juga menggunakan alternatif lain untuk menggunakan bahan-bahan
digital seperti menggunakan TV Pintar. TV Pintar sangat berguna untuk memaparkan video melalui Youtube, tetapi terdaapt
kekurangan kerana kebanyakan TV Pintar di sekolah tidak dapat disambungkan terus kepada laptop ataupun telefon pintar.
23