Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Pertama sekali syukur kehadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya kami diberikan kecukupan masa, rezeki dan kesihatan
yang baik untuk menghasilkan dan menerbitkan karya ini bersama-sama Saya amat
berbesar hati kerana buku ini terhasil dari titik peluh, keringat dan hasil usaha kami.
Kami menghasilkan karya buku panduan bagi subjek matematik ini dengan harapan dan
tujuan untuk membantu para penuntut ilmu matematik supaya lebih mudah memahami
dan mengingati konsep matematik yang terkandung dalam buku ini. Kami juga berharap
agar matapelajaran matematik juga akan lebih disukai dan diminati bukan sahaja oleh
para pembaca malah turut buat segenap lapisan masyarakat.
Setiap bab dalam buku ini dipersembahkan dengan pelbagai ciri menarik yang boleh
membantu pembaca memahami topik yang dipelajari dengan lebih mudah di samping
membuatkan pelajaran menjadi lebih menarik. Setiap bab disertai dengan nota ringkas,
contoh soalan, langkah penyelesaian serta input kreatif seperti akronim, kata kunci dan
sebagainya yang akan memudahkan pembaca untuk membaca serta memahami topik
sama ada mudah mahupun sukar dengan lebih efisien.
Di samping itu, buku ini juga menggunakan pendekatan pembelajaran aktif yang
merupakan salah satu komponen pembelajaran abad ke- 21. Hal ini menepati
persembahan buku ini yang dilengkapi dengan peta-peta minda, jadual serta melibatkan
aktiviti kolaboratif yang sesuai dengan keperluan dan tahap pendidikan pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atupun tidak langsung dalam menjayakan buku ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan dan dorongan,
termasuklah pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan yang berkongsi pandangan yang
membina sepanjang proses menyiapkan buku ini.
Semoga Mathematics Simplified : From Basic to Brilliance menjadi panduan yang
bermanfaat dalam pembelajaran matematik dan membantu para pelajar mencapai
kecemerlangan. Segala teguran dan cadangan amat kami hargai demi memoerbaiki
kualiti buku ini pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
HAZIQ ZAMIRZAHWAN BIN KAMARUDIN
Ketua Editor,
Quantum Cool-Active,
IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
PRAKATA KETUA EDITORPRAKATA KETUA EDITOR