KOLEKSI SIRI PERTAMA QUANTUM COOL-ACTIVE: MATHEMATICS SIMPLIFIED : FROM BASICS TO BRILLIANCE

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

KATA-KATA ALUANKATA-KATA ALUAN (^)
PENSYARAH KELAS MT1 (SK)PENSYARAH KELAS MT1 (SK)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya memanjatkan rasa
syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan rasa bangga terhadap usaha murni yang telah dilaksanakan oleh
para pelajar bakal guru jurusan Matematik. Usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan
oleh semua dalam menyiapkan penerbitan ini membuktikan keazaman tinggi untuk
mendalami ilmu Matematik serta mempersembahkannya dalam bentuk yang
bermanfaat untuk semua. Usaha ini bukan sahaja mencerminkan kesungguhan dan
kreativiti guru-guru pelatih PPISMP ambilan 2024 - 2029 , malah ia turut menjadi satu
sumbangan berharga yang dapat membantu pelajar junior di masa hadapan dengan
menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam pembelajaran mereka.
Sebagaimana kata-kata hikmat ahli Matematik terkenal Stanley Gudder ialah:
"The essence of mathematics is not to make simple things complicated, but to make
complicated things simple."
Matematik bukan sekadar sebuah disiplin ilmu, tetapi asas kepada pelbagai cabang
ilmu yang lain. Maka, usaha seperti ini tidak hanya memperkukuhkan
pemahamansendiri, tetapi juga meletakkan asas kukuh untuk manfaat generasi akan
datang.
Tidak dilupakan, setulus penghargaan kepada rakan pensyarah pembimbing, En.Haslan
bin Manja yang sentiasa berusaha memberikan bimbingan dan berkongsi ilmu tanpa
mengenal penat lelah. Kerjasama erat yang terjalin di antara pelajar dan pensyarah
menjadi tunjang utama kejayaan risalah ini. Sesungguhnya, kesungguhan kita dalam
mendidik dan berkongsi ilmu adalah satu ibadah yang amat bernilai.
Semoga penerbitan ini bukan sahaja menjadi panduan dan inspirasi kepada pembaca,
tetapi juga menjadi bukti nyata bahawa ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk
mendidik dan membantu generasi akan datang. Usaha sebegini pastinya akan menjadi
pemangkin kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.
Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga
usaha ini diberkati dan terus memberi manfaat kepada dunia pendidikan.
Sekian, terima kasih.
PUAN NURSUHANA BINTI SULAIMAN
Pensyarah Matematik
Jabatan Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik (JSTEM)
IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah

Free download pdf