KATA-KATA ALUANKATA-KATA ALUAN (^)
PENSYARAH KELAS MT2 (SK)PENSYARAH KELAS MT2 (SK)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya dapatlah kumpulan
penerbitan unit PPISMP - Quantum Cool-Active yang dipelopori pelajar pengajian
matematik PISMP Ambilan Jun 2024 membuat dan menyiapkan kompilasi bahan
dari Kelas Algebra Asas ( Basic Algebra ) bagi semester pertama Pengajian PPISMP.
Syabas dan Tahniah kepada kumpulan pelajar yang berdedikasi tinggi ini dan juga
kepada Pensyarah-pensyarah pembimbing yang menunjuk ajar. Pensyarah
sebegini, bukan kaleng - kaleng semangat dan iltizamnya untuk membuahkan hasil
yang amat bermakna dan berguna untuk generasi pelajar seterusnya. Pengalaman
penghasilan bahan ini semoga menjadi pencetus semangat untuk penerbitan yang
lebih besar lagi bagi pelajar-pelajar in dalam karier mereka pada masa hadapan
iaitu bakal-bakal guru dan juga pensyarah matematik yang tersohor. Semoga ilmu
yang dikongsikan memberikan manfaat yang tidak terhingga untuk kemandirian
dan kemenjadian guru dan pelajar Matematik di Sabah khususnya dan di Malaysia.
Sekali berkarya, teruslah berkarya.
Bak kata pepatah “alah bisa tegal biasa!” Majulah matematik di IPGMK Kent.
Kerana Engkau Nama Terbilang!
TUAN HASLAN BIN MANJA
Pensyarah Matematik
Jabatan Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik
(JSTEM)
IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
ipgkp kentfip3vj
(IPGKP kentFIP3vJ)
#1