KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Cikgu Jovin merasa hairan kerana jalan ke Kota


Kinabalu tidak sesak seperti hari biasa. Lebih-lebih lagi


di jalan yang menuju bulatan Masjid terapung, Likas.


“Uiii... selalunya waktu pagi-pagi bagini, jalan pandai


sesak...ini kali la...Nakuro ya sigu?” tanya Cikgu Jovin


yang pekat dengan dialek etnik Dusun Ranau.


“Aiso!, kita tinguk saja, nah.. kamu tu, tolong pakai tali


pinggang keledar,” balas Cikgu Suzan sambil memohon


Cikgu Jovin mengenakan tali pinggang keledar.


“Ya...tapi indak sama macam hari biasa, banyak kereta


sesak sana sini,” Cikgu Jovin yang rasa tidak puas hati


dengan mengendahkan arahan Cikgu Suzan.


Di Bulatan Masjid terapung Likas, kelihatan seorang


lelaki kurus sedang mengawal lalu lintas dengan


menggunakan bunyi wisel sebagai isyarat kepada


pengguna jalan raya. Wajahnya kelihatan marah dan


senyum kekadang ketawa sendiri. Walau


bagaimanapun setiap kenderaan telah patuh mengikut


arahannya sehingga beliau berjaya mengurangkan


kesesakkan lalu lintas.


“DALAM PANDAI, MEMANDIAI-MANDAI”

Free download pdf